Pengenalan Syarikat

Now Foods Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 4 March 2014 oleh Haji Samsor Bin Jabbar dan Hajah Azura Binti Abdul Aziz dan memulakan perniagaan pengeluaran produk makanan berasaskan Pastil. Bermula dengan pengubahsuaian bangunan mengikut proses pengeluaran secara manual dengan 6 orang pekerja. Kini target kapasiti pengeluaran bulanan semasa bagi sebulan adalah sebanyak 20 tan sebulan dapat bantuan mesin automatik yang berteknologi tinggi dan menjimatkan penggunaan tenaga manusia.


Visi & Misi

Visi: Menjadi Syarikat Bumiputera Muslim pertama menjadi pengeluar produk Gummy Halal di Malaysia dan luar Negara serta Mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, keseragaman dan keselamatan untuk mewujudkan sistem pengurusan kerja yang berkualiti cekap dan sistematik.

Misi: Memperluaskan pasaran jualan di Malaysia & dan luar Negara dengan lebih efisien. Meningkatkan jaringan hubungan antara pengeluar dan pengedar seluruh dunia secara komprehensif. Menyedia dan meningkatkan mutu serta kualiti produk dengan lebih baik dan mesra pelanggan.

Peluang menjadi oem/founder

Syarikat Now Foods Sdn Bhd mampu mengeluarkan produk pastil yang semestinya HALAL dengan pelbagai perisa mengikut permintaan pelanggan sendiri. Bahan Ramuan dan Perisa boleh ditentukan mengikut citarasa pihak pelanggan dan pihak Now Foods Sdn Bhd akan akan menghasilkan pastil di kilang kami dengan kepakaran dan kemudahan teknologi yang kami miliki.


Perkhidmatan OEM

  • Pastil Buah-buahan
  • Pastil Herba
  • Pastil untuk Kanak-kanak
  • Pastil untuk Perempuan
  • Pastil untuk Lelaki
Produk CanB

CanB merupakan produk keluaran Now Foods.


Album Pastil
Hubungi Kami